Sabtu, 5 September 2009

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 2009 M/1430H
NEGERI SABAH IALAH RM6.60


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah jenis makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Bagi masyarakat Malaysia,makanan asasi rakyatnya adalah beras dan kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

1) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari

3) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan kekal Islamnya

4) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

1) WAKTU WAJIB : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya

2) WAKTU YANG PALING AFDHAL : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri

3) WAKTU SUNAT : Sepanjang bulan Ramadhan

4) WAKTU MAKRUH : Selepas sembahyang Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal

5) WAKTU HARAM : Selepas terbenam matahari 1 Syawal

DALIL PENSYARIATAN ZAKAT FITRAH

Hadith Rasulullah S.A.W yang di riwayatkan oleh Abu Said Al Khudry bermaksud " Adalah kami para sahabat ketika kami bersama Rasulullah S.A.W sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar,merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah,kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar,maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata : Saya berpendapat ,bahawa satu mud(cupak) gandum Sham menyamai satu Sha'(gantang) tamar. Setelah itu,masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata : Aku tetap mengeluarkan sebagaimana mulanya"
Riwayat Muslim

"Berimanlah kamu kepada ALLAH SWT dan Rasul Nya,dan belanjakanlah di jalan kebajikan sebahagian daripada harta benda yang kamu miliki"
Surah Al Hadid :7


SUMBER:PUSAT ZAKAT NEGERI SABAH


http://www.zakat.sabah.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan